Friday, November 13, 2009

Lelaki yang baik untuk wanita yang baik?

Assalamualaikum wbt...well2 td baru habis usrah ngan kak ille,yan,ju,dee n azira...yan a.k.a first lady cerita pasal kisah Asiah..sume pn tahu kn Asiah tu adalah isteri firaun. Asiah ni sebenarnya bukannya nk kawen pn ngan firaun sbb Asiah seorg wanita yg beriman pd Allah dan x mengakui yg Firaun tu adalah tuhan.tp sbb firaun tu jahat sangat,, Asiah pn terpaksa la kawen dengan dia demi utk menyelamat kn parents nya yg diseksa oleh Firaun..

Cerita ni mesti suma pn dah tahu & dah baca dari kecik2 lagi..aku pn camtu gak tp ade satu mende yg aku x penah terpikir ttg cerita ni.Tapi dalam Surah An-Nur Allah berfirman:
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik....."
:
Dan td baru lah timbul persoalan,,'kalau macam tu,,kenapa Allah takdirkn Asiah kawen dgn Firaun yg sgt zalim ituh??'

Kalau kita fikir betul2,,memang setiap yg Allah tentukn ada hikmahnya..Cube fikir,, kalau Asiah yg beriman pd Allah dan baik hati tu x kawen dgn Firaun,,macam mana dgn Nabi Musa yg dihanyut kn masa bayi?If yg permaisuri yg jumpa tu jahat,,mesti Nabi Musa dan dibunuh gara2 perintah Firaun yg suroh semua bayi lelaki dibunuh..Tapi Allah tu kn Maha Mengetahui,,ditakdirkn Asiah yg berkahwin dgn Firaun dan jumpa Nabi Musa seterusnya membesarkan Nabi Musa.dan alhamdulillah berkat asuhan Asiah, Nabi Musa membesar menjadi seorg yg mempunyai pekerti yg mulia dan akhirnya menentang kezaliman Firaun itu sendiri.

Itu juga adalah satu ujian utk Asiah sendiri..walaupn Asiah terpaksa berkahwin dengan Firaun tp Allah sentiasa memelihara Asiah dari kekejaman Firaun.Semasa Asiah melihat Masyitah,,dia pn sgt marah pada Firaun dan sanggup mati seperti Masyitah..Firaun pn marah dan menyangka Asiah gila..Firaun siksa Asiah,,x beri makan dan minum sampai la Asiah meninggal dunia. Sebelum menghembus kn nafas yg terakhir, Asiah berdoa : "Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga, dan selamatkanlah daku dari Fir’aun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim”.
(Surah At-Tahrim: Ayat 11)

Jadi nya,,kita kena percaya pada janji Allah dan percaya setiap kejadian tu ada hikmah nya. kalau la ditakdirkn jodoh dengan org yg x berapa baik@ membujang terus,,insyaAllah kat akhirat nnt Allah akan berikan pasangan yg paling seswai skali utk kita..ameen~

ok..dah2 le tu,,,sambung studi plisss!!!..esok mesti bangun awal nk ke agm ppmc..wssalam

2 comments:

Unknown said...

i like! ~
stiap kjadian yg Allah tetapkn tu, mmg ada byk hikmah yg kta ptut pk sniri...

laen kali kne record lh usrah... ;P hehehe... nk gak dgr psl kisah hari kiamat...
nx time,turn kte lak ek present tokoh tuh... heee ;D

HANIS NASA said...

kn kn?siyes i never questioned nape asiah kawen ngan firaun..Allah shj sebaik2 perancang..

alala,,mintak yan cerita balik psal kisah kiamat..mantap seh 1st lady kite..

okies next time ur turn =)